BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 10 February 2012

inilah jodoh~

assalamualaikum.. ini percubaan pertama ana membuat cerpen.. sebenarnya dah lama nak buat tapi baru sekarang berjaya. kalau boleh sila tinggalkan komen ea. mungkin komen korang sume boleh membantu ana memperbetulkan lagi cerpen ana selepas ini. selamat membaca!



                                                         INILAH JODOH

“Apa yang kau menungkan tu?” tanya Ain kepadaku.

“Takde apa-apa. Aku teringat time matrik dulu.. Aku sendiri tak sangka sekarang ni aku sambung belajar dekat UKM.. Rasa macam mimpi je. Lebih-lebih lagi kita dah masuk tahun akhir.” Aku meluahkan perasaan tidak percaya aku kepada Ain.

“Alah, biasalah tu. Masa kan berputar. Takkan kita nak duduk dekat tempat yang sama je. Tak maju lah kita.” Ain cuba untuk menyedarkan aku tentang hakikat itu.

‘Ya,aku tau Ain.. Tapi aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni aku sering teringat dekat budak tu..Aku dah lama tak stalk facebook dia sebab aku tak nak terlalu menaruh harapan pada dia.’ Omelku dalam hati.

“Apa lagi yang kau menungkan tu? Cepatlah siap. Kata nak pergi main tennis.” Ain mengajakku pergi bermain tenis. Aku dah mula menunjukkan sifat malas untuk beriadah. Ain perasan akan perubahan yang aku tunjukkan.

“Jangan nak tunjukkan muka malas kau tu. Aku baling kasut ni dekat muka kau nanti. Cepat pergi siap!” Ain mengugut aku untuk membaling kasutnya.

“Yela,yela..aku siap sekarang. Kau ni tak bagi can kat aku langsung nak berangan-angan.” Kelam kabut aku bangun untuk bersiap sebab aku takut kalau Ain betul-betul baling kasut tu dekat aku. Ain hanya memandang aku. Aku tahu dia tak nak aku terluka lagi. Terima kasih Ain..

Kami terus bergerak ke gelanggang tenis untuk bermain tennis. Setibanya kami disana kami melihat gelanggang tenis penuh.Hampa harapan kami untuk bermain tennis. Sudah lama aku tak bermain tennis.

“Alaa,Ain. Kau lah yang lambat ni. Tengok kan dah penuh.” Aku membebel kepada Ain.

“Eh nak salahkan aku pulak. Siapa yang mengelamun tadi?” Ain memulangkan paku keras kepadaku. Aku hanya tersengih.

“Aku akan setia untuk bersama hingga ke akhir waktu….. ” lagu Daus AF8 yang bertajuk ‘Akhir Waktu’ mengejutkan aku dan Ain. Ain melihat aku terkebil-kebil. Mungkin dia hairan dengar ringtone aku agaknya kerana sebelum ini aku menggunakan lagu lain. Aku hanya tersengih melihat Ain.

“Hah,kau! Nak ape? Kacau je lah.. ” tanpa memberi salam aku terus terjah orang yang menelefon aku tu.

“Ishh,kau ni pun. Apa salahnya kalau bagi salam dulu. Ni tak main terjah je. Kau kat mana tu? Jom berjogging..” Hazwan mengajak aku berjogging bersama.

“Hah? Malaslah. K lah.. Assalamualaikum..” cepat-cepat aku memutuskan panggilan.

“Siapa call?” Ain bertanya kepadaku.

“Hazwan.. hurmm,jomlah.” Cepat-cepat aku memotong Ain bercakap sebab aku malas bercakap mengenai Hazwan. Ain faham lalu terus mengajak aku berjogging selepas melihat aku membuat muka bosan apabila nama Hazwan disebutkan. Hazwan.. apalah yang ada padaku ni sampai kau tak berputus asa mendampingiku.. Aku sendiri hairan dengan sikap dia tu.

“Hah! Kau kat sini rupanya. Tadi aku ajak pergi jogging kau tak nak. Jual mahal dengan aku ye.” Tiba-tiba Hazwan menyergah aku daripada belakang. Alamak! Kan dah kantoi. Sepatutnya aku ajak Ain lalu dekat tempat lain tadi. Kenapa lah aku tak perasan yang tempat ni memang tempat kegemaran dia berjogging. Aduh,apa aku nak jawab nie. Hentam sajalah Nurul.

“Opocot,mak kau kawin sepuluh. Hishhh, Hazwan!!”aku memarahinya kerana aku memang cepat melatah apabila disergah begitu. Hazwan dan Ain mengekek ketawa melihat aku melatah sebegitu rupa. Kurang asam punya kawan. Takpe,siap lah kau balik nanti. Ketawakan aku ye. Aku menarik muka terus berlari meninggalkan mereka. Hazwan dan Ain mengejar aku sambil memanggil namaku. Aku berhenti apabila terasa ada tangan yang menarik lengan aku. Aku melihat belakang dan aku melihat Hazwan yang menarik lengan aku.

“Lepaslah. Kau ni kenapa?” marahku kepadanya.

“Okey,okey..aku minta maaf k. Janganlah merajuk macam ni. Macam beruk yang aku jumpa dekat zoo Negara minggu lepas.” Hazwan dan Ain ketawa melihat aku apabila aku membuat muka marah kepada Hazwan.

“Kurang asam punya kawan! Kau samakan muka aku dengan beruk.. arghh! Memang aku takkan lepaskan kau kali ni.” Aku terus mengejar dia. Nasib baik dia kuat lari kalau tak memang habis lah dia kene dengan aku. Huh,sebalnya hati ni. Tiba-tiba Hazwan muncul kembali dengan tiga kotak air minuman.
“Maaf ye puteri buluh,patik bergurau sahaja tadi. Ampunkan patik ye.” Hazwan terus melutut di hadapanku sebaik dia nampak kelibat aku duduk di bangku. Aku kaget melihat dia sebegitu. Jantung aku tiba-tiba berdegup pantas.

“Ishh,apa kau ni.bangunlah orang tengoklah. Tak malu ke?”aku menjegilkan mataku yang sudah tersedia bulat ni.

“Aku akan bangun. Tapi kau kene maafkan aku dulu. Boleh?” Hazwan membuat muka kesian. Akhirnya aku ketawa mengekek kerana tak dapat menahan melihat wajahnya yang buruk tu walaupun mukanya boleh dikatakan hensem daripada budak itu..

“Okey,okey..aku maafkan.Dah,dah bangun. Nanti orang ingat kau nak propose aku pulak.”aku terus mengambil air minuman daripada dia sebaik dia duduk di sebelah aku.

“Kalau aku betul-betul propose kau macam mana?” Hazwan bertanya kepadaku.

“Hazwan……” aku melihat Hazwan dengan penuh makna..

“Okey..aku bergurau je lah. By the way,kenapa kau tak cakap nak jogging kat sini?” Hazwan memahami maksud aku.

“Saja. Takkanlah aku nak pergi jogging dengan kau pulak. Malu lah. Aku ni perempuan kau tu lelaki. Nanti apa pulak orang cakap.” Aku cuba mempertahankan pendirian aku.
Ain hanya melihat gelagat kami. Kemudian kami berjalan pulang ke asrama kerana jam sudah menunjukkan pukul 6.50.. Lewat jugak aku balik hari ni. Aku diberitahu oleh Hazwan yang kami bertiga akan menyertai satu ekspedisi yang dianjurkan oleh kelab kembara ke Gunung Tahan bersama-sama universiti yang lain pada bulan hadapan. Aku tak sabar untuk pergi ke sana. Aku dah mula berangan-angan mengenai keadaan di sana.

*

Aduhh,penatnya badan ni. Ni semua sebab Hazwan lah. Kalau tak sebab aku kejar dia tadi semua ni tak jadi takdelah aku penat macam ni sekali.

“Nurul,aku nak tanya sikit boleh?” Ain memecahkan kesunyiaan antara kami.

“Ermm,apa dia.tanyalah.” aku menjawab tanpa melihat dia langsung. Mata aku sudah tertutup rapat kerana terlalu penat sangat.

“Kenapa kau tak suka dekat Hazwan?” Ain mula bertanya..

5minit kemudian…
15minit kemudian…
Kenapa budak Nurul ni senyap je?

 “Bertuah punya budak! Aku cakap sorang-sorang rupanya.” Ain terus baling bantalnya membuatkan aku terkejut.

“Apa ni Ain..Aku nak tidurlah..Janganlah kacau.” Tanpa memulangkan bantalnya aku sambung tidur aku balik. Kacau lah Ain ni,aku dah syok-syok mimpi dekat budak tu tiba-tiba dia kacau daun pulak.

“Oit! Bagi bantal aku balik.” Ain terus merampas bantal dia daripada aku.

“Kedekut lah kau ni.” Sempat lagi aku membebel sambil tanganku menarik Mr.Sweet ke dalam pelukan ku.

Hari yang kutunggu-tunggu sudah sampai. Akhirnya kami berangkat ke Gunung Tahan. Tak sabarnya aku nak lihat pemandangan daripada atas Gunung Tahan tu. Mesti cantik.
“Ai, Nurul daripada tadi aku nampak kau tersenyum seorang diri ni kenapa? Aku ni hensem sangat ke sampai kau tengok aku tak berkelip-kelip?” tiba-tiba Hazwan menyapaku.

“Kau jangan nak perasan pulak okey. Aku tak sabar nak sampai sana lah. Mentang-mentanglah muka hensem tak habis-habis nak perasan. Sape yang tengok kau? Aku tengok pemandangan kat luar tu. Perasa santan lah kau ni.” Bengkak hati aku apabila Hazwan mengacau kedamaian hatiku sekarang ni.

”Ain,Ain.. kau dengar tak Nurul puji aku hensemlah.. sukanya aku! Yabedabedu..!” Hazwan tanpa segan silu menyuarakan kegembiraan dia. Hampir satu bas dengar apa yang diucapkan. Aku pulak yang tersipu-sipu malu.

“Kau ni memanglah.. macam lah perempuan lain tak pernah puji kau hensem kan?Aweks yang keliling pinggang kau tu takkanlah tak pernah cakap kan.. Kau je yang melebih..” aku memarahi Hazwan untuk menutupi rasa malu aku.

“Diaorang tak sama macam kau.. Diaorang tu kawan je.. Tapi kau…” Hazwan cuba untuk menyuarakan perasaannya kepadaku.

“Hazwan….” Aku memandang Hazwan dengan penuh makna.. Maafkan aku Hazwan. Aku tak layak untuk kau.

Setahun yang lalu..

“Nurul, jom lepak dekat tasik taman rekreasi kat depan sana tu.” Hazwan mengajak aku ke sana.

“Okey. Jom.. Ain jom teman aku. Takkanlah aku nak pergi berdua dengan Hazwan ni pulak.” Aku terus menarik tangan Ain tanpa mendengar jawapannya. Hazwan hanya menyeringai melihat kami.

‘Nurul,Nurul..’

“Hah,kau nak cakap ape? Termenung pulak dia.” Sergahan aku menyebabkan Hazwan terkejut. Aku hanya tersengih melihat dia.Tak dinafikan lelaki di depan aku ni memang dalam kategori hensem. Tapi..

“Terkejut aku. Bertuah punya kawan. Hmmm..” Hazwan memarahi aku.

“Alaaa,janganlah marah..aku bergurau je. Kau kan selalu jugak terkejutkan aku.”
Aku menyuarakan ketidakpuasan hatiku kepadanya tentang sikapnya yang suka mengusikku.
Tiba-tiba..
“Nurul,aku balik dulu ea?Aku lupa malam ni aku ada kelas.. Sorry ea.” Ain tiba-tiba minta diri untuk balik dahulu. Tanpa menunggu jawapan aku,dia terus berlalu.

“Ain! Takkanlah kau nak tinggalkan aku sorang diri kat sini pulak.” Aku menjerit memanggil-mangggil Ain.

“Takpelah. Hazwan bukannya makan kau pun. Dia nak cakap something tu. Hazwan jagakan Nurul untuk aku ea! Kau jangan nak buat tak senonoh dekat dia pulak. Kalau tak siap kau aku cari sampai ke lubang cacing.” Ain menyuarakan kebimbangannya disamping mengugut Hazwan.

“Alaaa… Ain…” aku dah buat muka masam. Tak suka ditinggalkan berdua dengan Hazwan.

“Alah, kau ni relakslah. Aku tak makan kau lah. Jangan risau lah. Perkara yang aku nak cakap ni harap kau tak marah.. Dan aku harap kita still lagi kawan macam biasa lepas ni walau apa pun jawapan yang kau bagi.” Hazwan menyuarakan kebimbangan nya jika aku tak nak berkawan dengannya selepas mendengar soalan dia.

“Yelaa..Ishh,takkkanlah aku nak buat macam tu pulak. Kau kan kawan aku. Kita kawan since first sem lagi..Walaupun kita satu matriks dulu tapi aku tak pernah berborak dengan kau. Kalau jumpa je,tengok-tengok je. Hehehe..” aku tersengih apabila memikirkan ketika di matriks dulu. Aku mula asyik terserempak dengan dia since aku dan dia duduk bertentangan ketika menggunakan komputer di library. Dia memang hensem bila diperhatikan lama-lama. Tak mustahillah kalau ramai yang suka kepadanya.

“H0i,cik puteri buluh,berangan pulak dia..” Hazwan mematikan lamunan aku. Tersengih aku melihatnya apabila terkantoi yang aku ni tengah mengelamun.

“Hehehe.. Alamak! Terkantoi sudah.. Cepatlah cakap. Dah pukul berapa nie.” Aku menggesanya untuk cakap apa yang ingin dia cakapkan.

“Aku..Aku sebenarnya dah lama suka kau. Sejak kita bertentangan mata dekat library dulu,aku selalu harap yang aku akan jumpa kau selalu. Bila kita dapat masuk U yang sama dan ambik course yang sama dan dapat kelas yang sama,perasaan aku dekat kau makin kuat..” Hazwan meyuarakan rasa hatinya..

Aku terkedu medengarnya! Tak pernah kusangka-sangka yang dia akan terpikat dengan aku. Aku terus bangun dan meninggalkan dia keseorangan.

“Nurul..! Aku mintak maaf. Jom aku temankan kau balik.” Hazwan tahu aku mungkin terkejut dengan luahan perasaan dia tadi.

Aku nak menolak tapi Hazwan cepat-cepat memintas kerana Ain dah suruh dia hantar aku balik. Aku hanya mampu melihat dia.. Hazwan,maafkan aku.. Aku tak mampu.

‘Nurul..kenapa kau tak jawab soalan aku? Aku tak cukup hensem lagi ke? Atau aku ni tak cukup baik untuk kau? Aku betul-betul menyukai kau..Sejak kita di matriks lagi aku sentiasa mendoakan agar kaulah yang akan menjadi pendampingku..’ Hazwan mengeluh..

“Okey semua. Kita dah sampai ke Gunung Tahan. Nurul,jom turun. Apa yang kau tengok? Kat muka aku ada apa-apa ke?” Hazwan bertanya kepadaku sambil meraba-raba mukanya.

Aku hanya meggeleng-geleng kepala sambil tersenyum melihat dirinya. Hazwan, kenapa kau baik sangat dengan aku?
Kemudian, kami semua diminta berkumpul di kawasan lapang mengikut universiti masing-masing. Kalau tak silap aku sebanyak 10 universiti yang menyertai ekspedisi kali ini.
Tiba-tiba aku ternampak kelibat seseorang yang amat aku rindui selama ini.. budak itu! Tapi siapa yang disebelahnya itu? Mereka berpegangan tangan? Aku silap tengok barangkali.. Tapi aku rasa aku macam kenal perempuan disebelahnya itu.. Hayati! Ya..aku tak silap lagi.. apa hubungan mereka?

Kemudian kami dibenarkan untuk berehat sebentar sambil mendirikan khemah. Selepas aku siap mendirikan khemah,aku cuba mencari Hayati. Dan aku nampak dia sedang duduk bersama lelaki yang amat kukenali,yang amat aku rindui.. Aku melangkah pada mereka..

“Assalamualaikum.. ni Yati kan?” Aku memulakan pertanyaaan.

“Aah..Jap,jap..ni Nurul kan?” Yati cuba untuk mengingati aku.

“Yela! Waaaa…Tak sangka jumpa kau kat sini. Rindu sangat dekat kau!” Aku begitu teruja berjumpa dengannya.

“Nurul! Aku pun rindu kat kau jugak. Dah lama kan kita tak jumpa.” Yati pun nampak teruja berjumpa aku.

“Ehem…ehem..”  Tiba-tiba lelaki yang aku amat rindui itu bersuara.

“Ehh,sori abang. Terlupa plak nak introduce kat bang. Ni kawan Yat time sekolah dulu. Tak sangka pulak jumpa kat sini. Nurul,ni suami aku,Afiq.” Yati memperkenalkan dia kepadaku.

“Suami?? Kau kawin tak ajak aku pun ea?” Aku masih lagi berlagak ceria walaupun dalam hati aku semuanya sudah berkecai.. Dia sudah berkahwin rupanya..

“Sorry..Aku tak tau nak contact kau macam mana. Tiba-tiba je kau M.I.A..Puas aku tanya kawan kita yang lain,diaorang pun tak tau kau kat mana.” Yati menerangkan agar tidak terasa.

“Hehehe.. Sorry,memang salah aku pun. By the way, selamat pengantin baru. Afiq,take care my friend elok-elok tau?” Aku mengakhiri perbualan apabila terdengar Hazwan memanggil namaku.

“Kau gi mana tadi? Puas aku cari rupa-rupanya kau dekat sini. Risau aku tau tak.” Hazwan terus-terusan bercakap sehiggalah dia termalu sendiri apabila mendengar Yati berdeham.

“Ni siapa? Tak nak kenalkan dekat kami ke?” Yati melihat aku sambil tersenyum-senyum..

“Ni my future husband..Kenalkan,Hazwan ni Yati kawan sekolah I dan yang tu her hubby,Afiq.” Aku menuturkan satu persatu. Hazwan hairan melihat aku yang tiba-tiba memperkenalkan dia sebagai ‘my future husband’. Hazwan yang memahami maksud aku terus memainkan wataknya.

“Ohh,kau nak kawin tak ajak aku pun kan. Meh bagi aku contact number kau. Nanti senang nak contact.” Yati cepat-cepat meminta phone number aku supaya kami tak lost contact dah lepas ni..

Aku rasa bahagia bila memperkenalkan Hazwan sebagai ‘my future husband’. Kenapa erk? Aku perasan akan mata Afiq yang mengandungi pelbagai persoalan tapi aku hanya biarkan sahaja. Dia sudah jadi suami orang. Ingat tu Nurul! Aku mengingatkan status Afiq pada diriku agar tidak menaruh harapan lagi.

“Kenapa kau cakap camtu?” Hazwan terus bertanyakan soalan sebaik sahaja kami mengorak langkah ke kawasan khemah yang menempatkan kami.

“Kenapa? Tak boleh ke?” Aku cuba berteka-teki dengannya.

“Boleh aje. Lagilah aku suka. Lepas habis ekspedisi ni aku bawak kau jumpa parents aku okey? Lepas tu kau pulak bawak aku jumpa parents kau.” Hazwan terus menyuarakan pendapatnya.

“Hah??” Aku terkedu mendengar apa yang dia cakapkan. Biar betul!

Selepas taklimat sebentar tadi,aku terus menarik Ain lepak di tepi sungai yang berdekatan. Ain hanya menurut langkahku.

“Ain,tadi aku jumpa dia.. Tapi dia dah kawin..Berkecai hati aku bila aku dapat tahu dia kawin dengan kawan aku sendiri..Bertahun-tahun aku simpan perasaan kepadanya tapi dia buat aku macam ni..Sampainya hati dia..” Tanpa menunggu Ain bercakap aku terus bercakap. Air mataku merembes keluar.

“Siapa yang kau maksudkan ni?” Ain bertanya kepadaku selepas aku reda sedikit daripada menangis..

“Suami kepada yati,kawan aku yang aku jumpa petang tadi..Aku dah lama kenal dengan suami dia tu. Since daripada matrik lagi. Aku kenal dia pun secara kebetulan je. Tapi aku tak tau macam mana aku boleh terlalu berharap padanya. Aku fikir dialah yang akan jadi suami aku tapi tak sangkaan aku meleset..” Aku menerangkan perkara yang sebenarnya.
Tiba-tiba Hazwan muncul..

“Nurul,janganlah sedih macam ni..Aku kan ada? Kan kau dah kenalkan aku ‘as your future husband’ dekat diaorang tadi?  Aku akan jaga kau,aku akan buat kau bahagia.. percayalah cakap aku,Nurul..” Hazwan memujukku. Tanpa aku sedari aku terus pergi kepadanya dan memeluk dirinya. Aku rasa dilindungi bila berada dalam dakapannya.

“Ehem,ehem..Nurul.janganlah nak over sangat. Kau orang tiada ikatan yang sah lagi tu.” Tiba-tiba Ain menegur sikapku. Aku hanya tersengih menyedari keterlanjuran yang aku lakukan. Aku malu untuk memandang Hazwan. Terima kasih Hazwan.. Aku akan cuba.. Tolong beri aku masa ye. Aku terus berlari ke khemahku tanpa memandang ke belakang.

‘Terima kasih,Ya ALLAH..Doa aku dimakbulkan..’ Hazwan mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana doanya dimakbulkan oleh Allah..

“Okey semua saya harap kalian dapat menjaga diri sendiri sepanjang ekspedisi kita kali ini.” Terang ketua yang mengetuai ekspedisi ini.

“Tak sabarnya! Ain,mana Hazwan? Tak Nampak pun dia..” aku bertanya kepada Ain kerana tidak nampak kelibat dia daripada pagi tadi.

“Ai, dah rindu ke? Dia ada.. kat depan sana tu. Nanti dia datang lah dekat sini. Jangan risau prince charming kau tu takkan tinggalkan kau. Hah, tengok baru je cakap dah datang sini..” Ain menyindirku. Alamak! Malulah.. Macam mana ni? Ahh,redah je lah..

“Hai,sayang..Semalam tidur lena?” Aku terkedu mendengar Hazwan memanggil aku sebegitu..

“Lah,kenapa tengok I macam tu?Ohh,pelik ea kenapa I panggil U cam tu?Kan I dah cakap habis ekspedisi ni kita nak jumpa parents I dan parents U..” Hazwan menerangkan sebaik melihat aku membuat muka pelik.Ain hanya tergelak-gelak melihat aku. Ohh,kenakan aku ea. Takpe,takpe.
Ya ALLAH, terima kasih kerana memberi peluang untuk aku menyintai lelaki ini.. Panjangkanlah jodoh kami sehingga ke syurga-Mu.. amin yarabbal alamin.
“Dah,dah jom” Hazwan menyedarkan aku daripada lamunan ku.

“”SubhanaALLAH.. cantiknya.. Ain,terpegun aku lihat semua ni..” kataku kepada Ain. Ain hanya melihat aku sambil tersenyum mengiakan apa yang aku katakan.

“Aah,lawa kan? Ciptaan ALLAH.. subhanaALLAH..”
 Tiba-tiba aku mendengar Hazwan memanggil namaku. Lalu aku berpaling ke belakang dan terkejut melihat dia yang berada dalam kondisi melutut kepadaku.

“Syuuhh..jangan cakap apa-apa. Bagi Wan cakap dulu k?” Hazwan menyuruh aku mendengar apa yang ingin dia cakapkan.

“Nurul Airysh,bersaksikan teman-teman kita sudi tak sekiranya awak menjadi suri di hati saya dan ibu kepada anak-anak saya?” Hazwan melamarku di hadapan rakan-rakan kami yang lain. Aku terkedu. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan.

“Wan..bangunlah. Nurul malulah.. semua orang tengok kita.” Aku menyuruh Hazwan bangun disamping mencari idea apa yang aku nak jawab kepada soalan dia tadi.

“No.. You must answer my question first..If not,Wan akan berlutut macam ni sampailah Nurul bagi jawapan.” Hazwan menggertak aku. Aduhh! Apa yang aku nak jawab ni?

“Wan…” aku gugup untuk menyatakan jawapan aku. Mata aku melilau mencari kelibat Afiq. Apa yang harus aku lakukan? Mampu ke aku menyayangi lelaki dihadapan aku ni seperti mana aku menyayangi Afiq?

“Wan.. Nurul nak… nakk…..nak jadi suri di hati Wan dan juga ibu kepada anak-anak Wan..” jawabku malu-malu. Ya, aku harus lupakan dia. Afiq kini suami kepada kawan aku sendiri. Tidak tergamak aku untuk menghancurkan hati Yati. Maafkan Nurul,Afiq. Mungkin kita hanya ditakdirkan untuk mengenali sahaja bukan untuk bersama. Nurul yakin Wan boleh bahagiakan Nurul.. InsyaALLAH. Teman-teman yang berada disekeliling kami bersorak gembira dengan jawapan yang aku berikan. Aku hanya tersipu malu sambil memandang Ain dan Hazwan bersilih ganti.

“Balik nanti kita siapkan semua urusan perkahwinan kita ye?” Hazwan menyuarakan pendapatnya.

“Wan,cepatnya. Kita bertunang dulu ea? Bagi Nurul kenal Wan dengan lebih dalam lagi.. Boleh kan?”Aku terkejut apabila dia menyuarakan pendapatnya itu.

“Alaaa,tapi Wan dah tak sabar nak hidup dengan Nurul..” Wan merengek bagai budak kecil.

“Wan,boleh la ye? Nurul nak kena bagitahu family Nurul jugak.. Nanti Wan kenalah datang ikut adat bawa mama dan abah Wan datang merisik Nurul.. Nanti kita bincang ye?” Aku cuba untuk berlembut dengan dia.

“Okey..” jawab Wan lemah.

“Wan ni.. kalau sebelum ni boleh sabar takkan sekarang ni tak boleh sabar kot? Nurul tak larilah. Kalau Nurul lari,Wan ikat tangan dan kaki Nurul ni supaya Nurul tak lari.” Aku memandang Hazwan yang menunjukkan muka protesnya itu sambil tersenyum. Comel sungguh! Hazwan yang mendengar kata-kata daripada aku hanya tersenyum dan melihat aku.

“Wan sayang sangat pada Nurul..kerana ALLAH S.W.T… moga kita akan mengecapi kebahagiaan itu..” bisik Hazwan padaku.. Aku hanya memandang padanya dengan mata berkaca-kaca sebelum meninggalkannya untuk bersama-sama dengan Ain dan teman-teman kami yang lain.

Di satu sudut yang lain,ada yang tidak puas hati dengan drama yang dia lihat sebentar tadi. Hatinya mendengus geram.

 ‘apalah yang ada pada budak Nurul tu?Kalau nak kata dia cantik,aku lagi cantik.Budak tu kulitnya sawo matang tapi aku putih melepak.Kalau ikutkan body,sama je. Tinggi pun lebih kurang sama saja. Aku lagi up-to-date daripada budak Nurul yang gemar memakai baju besar dan menutup aurat.’

Arghh! sebal sungguh hati ini bila mengenangkan semua itu. Tapi jangan harap aku akan lepaskan kau macam tu saja Hazwan! Kalau aku tak boleh dapat kau maknanya Nurul pun tak boleh!Rungut Atira dalam hati.

‘Nurul.. aku terlambat ke nak ucapkan yang aku sayang kau sejak kita bertemu di matriks dulu?Silap aku jugak bila kau sent friend request aku tak approve. Aku tahu kau selalu stalk facebook aku.. arghh! Menyesal nya aku!’ Afiq mengeluh.
Dia berkahwin dengan yati pun kerana amanat oleh ibunya yang ingin melihat dia berkahwin dengan anak kepada kawannya bagi mengeratkan lagi hubungan mereka. Mungkin aku dan dia tiada jodoh. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku redha,Nurul..

Setahun sudah berlalu dan kini aku sudah selamat menjadi tunangan kepada Hazwan. Bila diingatkan kembali pertama kali Hazwan datang ke rumahku,dia begitu teruja sehingga nak bercakap sampai tergagap-gagap. Aku hanya ketawa melihat dirinya ketika itu. Itu baru datang nak berkenal-kenal belum lagi masuk part dia menyuarakan hajatnya datang ke rumahku. Akak dan abangku hanya tersenyum melihat dirinya yang nampak gemuruh apabila diajukan banyak soalan oleh adik beradik aku yang lain. Adikku yang bongsu turut bertanyakan soalan kepadanya. Aku hanya tersenyum melihat dirinya. Lama kelamaan dia nampak selesa dengan keluargaku mungkin kerana sikapnya friendly itu.

Alhamdulillah,masa aku pergi ke rumah mama dan abahnya,kedatangan aku disambut baik oleh mereka. Aku takut yang aku bukan menantu pilihan. Aku takut jika mereka tidak berkenan dengan aku. Hazwan menyuruh aku bertenang kerana mama dan abahnya macam orang lain juga. Terkejut aku melihat rumah keluarga Hazwan kerana tidak menyangka rupanya dia anak orang berada. Mewah sungguh rumahnya tapi keluarganya sentiasa merendah diri termasuk Hazwan. Aku tidak menyangka yang Hazwan merupakan anak kepada ahli business yang terkenal. Alhamdulillah,mereka dapat menerima aku seadanya walaupun aku tidak setaraf dengan mereka.

Kini, aku dan Hazwan hanya menunggu masa untuk diijab kabulkan. Sekarang ni kami masing-maing sibuk untuk menguruskan persiapan perkahwinan kami. Tinggal sebulan sahaja lagi untuk kami bersama. Sepanjang menjadi tunangan dia,sifat-sifat yang ada dalam dirinya yang sebelum ini tidak ku ketahui,ku ketahui jugak akhirnya. Dia seorang yang penyayang,suka ambil berat dan yang paling penting,dia sentiasa mengajak aku sentiasa dekat dengan ALLAH.. Alhamdulillah,dan aku harap sikap itu akan berterusan sehingga ke akhir hayat kami..insyaALLAH..

“Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu..” lagu Najwa Latif yang bertajuk I Love You, ringtone yang aku setkan untuk Hazwan tiba-tiba berbunyi. Aku menjawab panggilannya dengan teruja kerana kami sudah lama tidak berhubung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Assalamualaikum..” lembut aku menuturkan.

“Kau tak payah nak berlagak alim dengan akulah perempuan kampung!” tiba-tiba suara perempuan yang mengherdik aku.

“Ermm,awak ni siapa? Ni nombor tunAng saya.” Aku masih lagi bersopan dengannya.

“Kau tak payah tahu siapa aku. Yang pasti kau dengan Hazwan takkan boleh kawin! Hahaha..” suara ketawa perempuan itu betul-betul menakutkan aku.

“Apa maksud awak? Kenapa awak buat macam tu? Apa salah kami dekat awak? Lepaskanlah Wan.. saya merayu pada awak. Jangan mengapa-apakan dia. Kalau awak tak puas hati,awak ambillah saya sebagai ganti. Tapi jangan apa-apakan Hazwan.. Saya merayu kepada awak. Tolonglah..” Aku merayu kepada perempuan itu agar melepaskan Hazwan.

“tuuutttt…tuutttt…tuuttttt…” panggilan itu dimatikan. Hazwan.. Awak kena kuat. Saya janji saya akan selamatkan awak.

“ Mama! Wan..Wan,ma.. ” aku terus menelefon mama Wan untuk mengkhabarkan berita tentang Hazwan sambil menangis.

“Nurul, tunggu situ. Kejap lagi mama dan abah sampai. Duduk situ jangan pergi mana-mana.” Mama menyuruhku agar aku bersabar.

15minit kemudian aku dikunjungi oleh mama dan abah Hazwan dan juga ahli keluargaku yang lain.. Aku hanya mampu menangis kerana tidak sanggup memikirkan sebarang kemungkinan yang mungkin terjadi kepadanya. Aku tak sanggup kehilangannya. ‘Wan,jangan tinggalkan Nurul..Nurul sayang sangat Wan’ aku hanya mampu berkata-kata dalam hati..

Pada malam itu,aku dikejutkan dengan panggilan daripada perempuan itu lagi.
“Kau betul-betul nak ganti Hazwan?” tanya perempuan itu lagi.

“Ya,saya sanggup. Asalkan awak tak apa-apakan Wan.” Aku menjawab soalannya.

“Kalau macam tu aku dengar apa yang aku nak cakapkan ini. Tapi kau tak boleh bagitahu sesiapa pun pasal hal ini. Kalau orang lain tahu,mati Hazwan aku kerjakan. Kau jangan nak cuba main-main dengan aku. Setuju?” perempuan itu mengugutku.

“Okey,okey. Saya setuju.” Balasku dengan cepat. Nyawa Hazwan dalam tanganku. Aku tak nak mempertaruhkan nyawa dia. Aku harus berbuat sesuatu.

“Tapi sebelum tu,bagi aku peluang untuk melihat dia buat kali terakhir.. tolonglah…Okey,okey. Terima kasih!” aku bergegas membuat apa yang disuruhnya dan pergi menemuinya buat kali terakhir. ‘Ya ALLAH,andai  diri ini disakiti khabarkanlah kepada Wan yang ana amat menyayanginya. Kuatkanlah jodoh antara kami Ya ALLAH.. lindungilah dia dimana sahaja dia berada’ aku berdoa sepanjang perjalanan ke tempat yang dijanjikan.’Sebelum aku keluar aku sempat menulis surat kepada keluargaku..’Maafkan Nurul.Nurul terpaksa pergi menyelamatkan Wan.InsyaALLAH,kalau umur Nurul panjang kita akan berjumpa lagi.Halalkan apa yang pernah Nurul ambil..Maafkan segala kesilapan yang Nurul lakukan.Katakan pada Wan,yang Nurul sayang sangat-sangat padanya. Assalamualaikum.’

Aku terus meluru dekat dengan Hazwan apabila sampai di tempat yang dijanjikan.
‘Wan..maafkan Nurul..mungkin ini kali terakhir kita berjumpa.’ Bisikku di telinga Hazwan sambil tanganku mengusap pipinya buat kali terakhir.

“Dah,dah perempuan.Ni tiket untuk kau. Pastikan kau buat apa yang kau setujui dulu kalau tak nahas kau! Dan jangan cuba-cuba untuk larikan diri ke bandar kerana orang-orang aku sentiasa mengawasi kau!” Perempuan itu mengugutku buat kali terakhir.

**************
“Kenapa menangis ni,nak?” tanya mak Misa kepadaku..

“Teringat kisah silam mak..Airysh rindu dengan family Airysh dan Wan..kenapa Airysh kena hadapi semua ni,mak? Airysh tak layak untuk rasakan kebahagiaan ke?Kami dah dekat dengan hari kebahagiaan kami tapi lain pulak yang jadinya..Airysh sedih sangat bila kenangkannya..”

“Airysh,setiap yang berlaku ada hikmahnya sayang..Sabarlah dan berdoa banyak-banyak k.” mak Misa cuba untuk menenangkan aku.

“insyaALLAH,doakan Airysh ye mak..” kataku kepada mak Misa.

Aku mengenali mak Misa semasa ditinggalkan sendirian oleh konco-konco perempuan yang menculik Wan di sebuah perkampungan nelayan. Dalam keadaan yang lemah,aku dibawa ke rumahnya untuk dijaga. Alhamdulillah,aku masih lagi hidup untuk menjalani kehidupan.

“Mak dengar minggu depan ada orang besar nak datang sini ea?” tanya mak kepadaku.

“Aah,mak. Kalau tak silap Airysh orang daripada KL..Nak tengok-tengok kawasan disini apa yang boleh dimajukan.” Ujarku kepada mak.

Hazwan termenung apabila mengenangkan Nurul..
‘Nurul..kemana awak menghilang? Bertahun-tahun saya mencari awak.. saya rindukan awak.. baliklah sayang.. saya ingin menunaikan janji saya kepada awak.’ Hazwan mengeluh. Kenapa berat sekali dugaan yang dia kena hadapi.

“Hai,baby.watpe tu?” tiba-tiba seorang perempuan menerjah masuk biliknya tanpa mengetuk pintu biliknya dan pergi bergesel-gesel kepadanya. Secretarynya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana perempuan itu memang tak makan saman.

“Hei,you ni kenapa hah? Tak malu ke bergesel-gesel dengan lelaki bukan muhrim?” pantas Hazwan menolak perempuan itu ataupun dikenali sebagai Atira,classmate dia sewaktu di universiti dahulu.

Atira hanya mencebik melihat pelakuan lelaki itu. Hazwan hanya buat tidak tahu sahaja dengan kedatangan Atira. Dia jelak dengan perangai Atira yang suka berkepit dengannya. Kemudian dia memanggil Aina,secretarynay untuk masuk ke dalam bilik.

“Ada apa-apa yang perlu saya tahu?” tanya Hazwan tanpa memandang secretarynya langsung.

“Ada En.Wan.Jumaat ni Encik kena pergi ke Pulau Tioman untuk memantau keadaan di sana.” Terang Aina kepadanya.

“Okey. Ada apa-apa lagi?” tanya Hazwan.

“Tiada. Itu saja. Kalau tiada apa-apa lagi izinkan saya keluar dulu. Encik nak saya buatkan air untuk cik Atira ke?” tanya Aina lagi.

“Tak payah. Kalau dia haus pandai-pandailah dia cari sendiri. Okey,awak boleh keluar sekarang.” Ujar Hazwan tanpa pedulikan perasaan Atira. Atira yang mendengar mendengkul geram dengan layanan yang diberikan oleh Hazwan. Lalu dia keluar daripada pejabatnya.
             
‘Wahh..lawanya tempat ini. Nurul,nanti kita honeymoon disini ye sayang.. ‘ omel Hazwan sendirian. Tiba-tiba dia seperti ternampak kelibat Nurul di celah-celah pegawainya. Bergegas dia ke sana sambil memanggil nama Nurul.

‘Siapa yang panggil nama aku? Kat sini mana ada orang pernah panggil aku sebegitu.’ Omel Nurul dalam hati. Aku berpusing ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang memanggil dirinya.Dia terpaku melihat insan yang selama ini dirindui berada di hadapannya. Mulutnya bergerak memanggil nama ‘Wan’ tapi kakinya melangkah pergi. Maafkan Nurul,Wan..

“Nurul,Nurul! Jangan pergi! Jangan tinggalkan Wan lagi! Nurul….!” Wan mengejar aku dengan cepat. Tanpa aku sempat berlari tanganku ditarik oleh seseorang daripada belakang.

“Nurul sayang.. Wan rindu sangat dengan Nurul..” Wan menarik aku kedalam pelukannya. Aku hanya menangis kerana terlalu merindui dirinya. Aku menggeleng tanda tidak percaya dan menjarakkan diri aku dan dia tapi dia pantas menarik diriku kedalam pelukannya lagi.

“Kita balik ye? Kita kahwin cepat-cepat. Wan tak sanggup nak berpisah dengan Nurul lagi.” Tanpa menunggu jawapan aku Wan terus menarik aku masuk ke dalam kereta.
Pekahwinan kami berjalan dengan lancar. Tidak lama selepas kami pulang,aku terus mengkhabarkan berita tersebut kepada mak Misa supaya tidak risau akan diriku. Keluargaku bersyukur kerana aku pulang dalam keadaan sihat. Keluarga Wan juga gembira dengan kepulangan diriku. Alhamdulillah, aku bahagia sekarang. Terima kasih, Ya ALLAH..

“Alhamdulillah,impian abang nak memperisterikan Nurul berjaya juga..Abang sayang Nurul sangat-sangat. Jangan tinggalkan abang lagi ea?” Wan mencium ubun-ubunku sambil menarik aku ke dalam pelukannya.

“Nurul pun bersyukur sangat,bang..Nurul rindu sangat pada abang.” Aku mengeratkan lagi pelukan.

Aku sendiri rasa seperti bermimpi. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan. Aku menceritakn semua yang berlaku. Rupa-rupanya Atira dalang dalam penculikan Wan dulu. Patutlah aku seperti mengenali wanita itu,rupa-rupanya dia classmate aku dan Wan dulu cuma kami tidak rapat. Kami menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan Atira kini sudah menerima balasan yang setimpal.

0 comments: