assalamualaikum.. ini percubaan pertama ana membuat cerpen.. sebenarnya dah lama nak buat tapi baru sekarang berjaya. kalau boleh sila tinggalkan komen ea. mungkin komen korang sume boleh membantu ana memperbetulkan lagi cerpen ana selepas ini. selamat membaca!
INILAH JODOH
“Apa
yang kau menungkan tu?” tanya Ain kepadaku.
“Takde
apa-apa. Aku teringat time matrik dulu.. Aku sendiri tak sangka sekarang ni aku
sambung belajar dekat UKM.. Rasa macam mimpi je. Lebih-lebih lagi kita dah
masuk tahun akhir.” Aku meluahkan perasaan tidak percaya aku kepada Ain.
“Alah,
biasalah tu. Masa kan berputar. Takkan kita nak duduk dekat tempat yang sama
je. Tak maju lah kita.” Ain cuba untuk menyedarkan aku tentang hakikat itu.
‘Ya,aku
tau Ain.. Tapi aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni aku sering teringat
dekat budak tu..Aku dah lama tak stalk facebook dia sebab aku tak nak terlalu
menaruh harapan pada dia.’ Omelku dalam hati.
“Apa
lagi yang kau menungkan tu? Cepatlah siap. Kata nak pergi main tennis.” Ain
mengajakku pergi bermain tenis. Aku dah mula menunjukkan sifat malas untuk
beriadah. Ain perasan akan perubahan yang aku tunjukkan.
“Jangan
nak tunjukkan muka malas kau tu. Aku baling kasut ni dekat muka kau nanti.
Cepat pergi siap!” Ain mengugut aku untuk membaling kasutnya.
“Yela,yela..aku
siap sekarang. Kau ni tak bagi can kat aku langsung nak berangan-angan.” Kelam
kabut aku bangun untuk bersiap sebab aku takut kalau Ain betul-betul baling
kasut tu dekat aku. Ain hanya memandang aku. Aku tahu dia tak nak aku terluka
lagi. Terima kasih Ain..
Kami
terus bergerak ke gelanggang tenis untuk bermain tennis. Setibanya kami disana
kami melihat gelanggang tenis penuh.Hampa harapan kami untuk bermain tennis.
Sudah lama aku tak bermain tennis.
“Alaa,Ain.
Kau lah yang lambat ni. Tengok kan dah penuh.” Aku membebel kepada Ain.
“Eh
nak salahkan aku pulak. Siapa yang mengelamun tadi?” Ain memulangkan paku keras
kepadaku. Aku hanya tersengih.
“Aku
akan setia untuk bersama hingga ke akhir waktu….. ” lagu Daus AF8 yang bertajuk
‘Akhir Waktu’ mengejutkan aku dan Ain. Ain melihat aku terkebil-kebil. Mungkin
dia hairan dengar ringtone aku agaknya kerana sebelum ini aku menggunakan lagu
lain. Aku hanya tersengih melihat Ain.
“Hah,kau!
Nak ape? Kacau je lah.. ” tanpa memberi salam aku terus terjah orang yang
menelefon aku tu.
“Ishh,kau
ni pun. Apa salahnya kalau bagi salam dulu. Ni tak main terjah je. Kau kat mana
tu? Jom berjogging..” Hazwan mengajak aku berjogging bersama.
“Hah?
Malaslah. K lah.. Assalamualaikum..” cepat-cepat aku memutuskan panggilan.
“Siapa
call?” Ain bertanya kepadaku.
“Hazwan..
hurmm,jomlah.” Cepat-cepat aku memotong Ain bercakap sebab aku malas bercakap
mengenai Hazwan. Ain faham lalu terus mengajak aku berjogging selepas melihat
aku membuat muka bosan apabila nama Hazwan disebutkan. Hazwan.. apalah yang ada
padaku ni sampai kau tak berputus asa mendampingiku.. Aku sendiri hairan dengan
sikap dia tu.
“Hah!
Kau kat sini rupanya. Tadi aku ajak pergi jogging kau tak nak. Jual mahal
dengan aku ye.” Tiba-tiba Hazwan menyergah aku daripada belakang. Alamak! Kan
dah kantoi. Sepatutnya aku ajak Ain lalu dekat tempat lain tadi. Kenapa lah aku
tak perasan yang tempat ni memang tempat kegemaran dia berjogging. Aduh,apa aku
nak jawab nie. Hentam sajalah Nurul.
“Opocot,mak
kau kawin sepuluh. Hishhh, Hazwan!!”aku memarahinya kerana aku memang cepat
melatah apabila disergah begitu. Hazwan dan Ain mengekek ketawa melihat aku
melatah sebegitu rupa. Kurang asam punya kawan. Takpe,siap lah kau balik nanti.
Ketawakan aku ye. Aku menarik muka terus berlari meninggalkan mereka. Hazwan
dan Ain mengejar aku sambil memanggil namaku. Aku berhenti apabila terasa ada
tangan yang menarik lengan aku. Aku melihat belakang dan aku melihat Hazwan
yang menarik lengan aku.
“Lepaslah.
Kau ni kenapa?” marahku kepadanya.
“Okey,okey..aku
minta maaf k. Janganlah merajuk macam ni. Macam beruk yang aku jumpa dekat zoo
Negara minggu lepas.” Hazwan dan Ain ketawa melihat aku apabila aku membuat
muka marah kepada Hazwan.
“Kurang
asam punya kawan! Kau samakan muka aku dengan beruk.. arghh! Memang aku takkan
lepaskan kau kali ni.” Aku terus mengejar dia. Nasib baik dia kuat lari kalau
tak memang habis lah dia kene dengan aku. Huh,sebalnya hati ni. Tiba-tiba
Hazwan muncul kembali dengan tiga kotak air minuman.
“Maaf
ye puteri buluh,patik bergurau sahaja tadi. Ampunkan patik ye.” Hazwan terus
melutut di hadapanku sebaik dia nampak kelibat aku duduk di bangku. Aku kaget
melihat dia sebegitu. Jantung aku tiba-tiba berdegup pantas.
“Ishh,apa
kau ni.bangunlah orang tengoklah. Tak malu ke?”aku menjegilkan mataku yang
sudah tersedia bulat ni.
“Aku
akan bangun. Tapi kau kene maafkan aku dulu. Boleh?” Hazwan membuat muka
kesian. Akhirnya aku ketawa mengekek kerana tak dapat menahan melihat wajahnya
yang buruk tu walaupun mukanya boleh dikatakan hensem daripada budak itu..
“Okey,okey..aku
maafkan.Dah,dah bangun. Nanti orang ingat kau nak propose aku pulak.”aku terus
mengambil air minuman daripada dia sebaik dia duduk di sebelah aku.
“Kalau
aku betul-betul propose kau macam mana?” Hazwan bertanya kepadaku.
“Hazwan……”
aku melihat Hazwan dengan penuh makna..
“Okey..aku
bergurau je lah. By the way,kenapa kau tak cakap nak jogging kat sini?” Hazwan
memahami maksud aku.
“Saja.
Takkanlah aku nak pergi jogging dengan kau pulak. Malu lah. Aku ni perempuan
kau tu lelaki. Nanti apa pulak orang cakap.” Aku cuba mempertahankan pendirian
aku.
Ain
hanya melihat gelagat kami. Kemudian kami berjalan pulang ke asrama kerana jam
sudah menunjukkan pukul 6.50.. Lewat jugak aku balik hari ni. Aku diberitahu
oleh Hazwan yang kami bertiga akan menyertai satu ekspedisi yang dianjurkan
oleh kelab kembara ke Gunung Tahan bersama-sama universiti yang lain pada bulan
hadapan. Aku tak sabar untuk pergi ke sana. Aku dah mula berangan-angan
mengenai keadaan di sana.
*
Aduhh,penatnya
badan ni. Ni semua sebab Hazwan lah. Kalau tak sebab aku kejar dia tadi semua
ni tak jadi takdelah aku penat macam ni sekali.
“Nurul,aku
nak tanya sikit boleh?” Ain memecahkan kesunyiaan antara kami.
“Ermm,apa
dia.tanyalah.” aku menjawab tanpa melihat dia langsung. Mata aku sudah tertutup
rapat kerana terlalu penat sangat.
“Kenapa
kau tak suka dekat Hazwan?” Ain mula bertanya..
5minit
kemudian…
15minit
kemudian…
Kenapa
budak Nurul ni senyap je?
“Bertuah punya budak! Aku cakap sorang-sorang
rupanya.” Ain terus baling bantalnya membuatkan aku terkejut.
“Apa
ni Ain..Aku nak tidurlah..Janganlah kacau.” Tanpa memulangkan bantalnya aku
sambung tidur aku balik. Kacau lah Ain ni,aku dah syok-syok mimpi dekat budak
tu tiba-tiba dia kacau daun pulak.
“Oit!
Bagi bantal aku balik.” Ain terus merampas bantal dia daripada aku.
“Kedekut
lah kau ni.” Sempat lagi aku membebel sambil tanganku menarik Mr.Sweet ke dalam
pelukan ku.
Hari
yang kutunggu-tunggu sudah sampai. Akhirnya kami berangkat ke Gunung Tahan. Tak
sabarnya aku nak lihat pemandangan daripada atas Gunung Tahan tu. Mesti cantik.
“Ai,
Nurul daripada tadi aku nampak kau tersenyum seorang diri ni kenapa? Aku ni
hensem sangat ke sampai kau tengok aku tak berkelip-kelip?” tiba-tiba Hazwan
menyapaku.
“Kau
jangan nak perasan pulak okey. Aku tak sabar nak sampai sana lah. Mentang-mentanglah
muka hensem tak habis-habis nak perasan. Sape yang tengok kau? Aku tengok
pemandangan kat luar tu. Perasa santan lah kau ni.” Bengkak hati aku apabila
Hazwan mengacau kedamaian hatiku sekarang ni.
”Ain,Ain..
kau dengar tak Nurul puji aku hensemlah.. sukanya aku! Yabedabedu..!” Hazwan
tanpa segan silu menyuarakan kegembiraan dia. Hampir satu bas dengar apa yang
diucapkan. Aku pulak yang tersipu-sipu malu.
“Kau
ni memanglah.. macam lah perempuan lain tak pernah puji kau hensem kan?Aweks
yang keliling pinggang kau tu takkanlah tak pernah cakap kan.. Kau je yang
melebih..” aku memarahi Hazwan untuk menutupi rasa malu aku.
“Diaorang
tak sama macam kau.. Diaorang tu kawan je.. Tapi kau…” Hazwan cuba untuk
menyuarakan perasaannya kepadaku.
“Hazwan….”
Aku memandang Hazwan dengan penuh makna.. Maafkan aku Hazwan. Aku tak layak
untuk kau.
Setahun
yang lalu..
“Nurul,
jom lepak dekat tasik taman rekreasi kat depan sana tu.” Hazwan mengajak aku ke
sana.
“Okey.
Jom.. Ain jom teman aku. Takkanlah aku nak pergi berdua dengan Hazwan ni
pulak.” Aku terus menarik tangan Ain tanpa mendengar jawapannya. Hazwan hanya
menyeringai melihat kami.
‘Nurul,Nurul..’
“Hah,kau
nak cakap ape? Termenung pulak dia.” Sergahan aku menyebabkan Hazwan terkejut.
Aku hanya tersengih melihat dia.Tak dinafikan lelaki di depan aku ni memang
dalam kategori hensem. Tapi..
“Terkejut
aku. Bertuah punya kawan. Hmmm..” Hazwan memarahi aku.
“Alaaa,janganlah
marah..aku bergurau je. Kau kan selalu jugak terkejutkan aku.”
Aku
menyuarakan ketidakpuasan hatiku kepadanya tentang sikapnya yang suka
mengusikku.
Tiba-tiba..
“Nurul,aku
balik dulu ea?Aku lupa malam ni aku ada kelas.. Sorry ea.” Ain tiba-tiba minta
diri untuk balik dahulu. Tanpa menunggu jawapan aku,dia terus berlalu.
“Ain!
Takkanlah kau nak tinggalkan aku sorang diri kat sini pulak.” Aku menjerit
memanggil-mangggil Ain.
“Takpelah.
Hazwan bukannya makan kau pun. Dia nak cakap something tu. Hazwan jagakan Nurul
untuk aku ea! Kau jangan nak buat tak senonoh dekat dia pulak. Kalau tak siap
kau aku cari sampai ke lubang cacing.” Ain menyuarakan kebimbangannya disamping
mengugut Hazwan.
“Alaaa…
Ain…” aku dah buat muka masam. Tak suka ditinggalkan berdua dengan Hazwan.
“Alah,
kau ni relakslah. Aku tak makan kau lah. Jangan risau lah. Perkara yang aku nak
cakap ni harap kau tak marah.. Dan aku harap kita still lagi kawan macam biasa
lepas ni walau apa pun jawapan yang kau bagi.” Hazwan menyuarakan kebimbangan
nya jika aku tak nak berkawan dengannya selepas mendengar soalan dia.
“Yelaa..Ishh,takkkanlah
aku nak buat macam tu pulak. Kau kan kawan aku. Kita kawan since first sem
lagi..Walaupun kita satu matriks dulu tapi aku tak pernah berborak dengan kau.
Kalau jumpa je,tengok-tengok je. Hehehe..” aku tersengih apabila memikirkan
ketika di matriks dulu. Aku mula asyik terserempak dengan dia since aku dan dia
duduk bertentangan ketika menggunakan komputer di library. Dia memang hensem
bila diperhatikan lama-lama. Tak mustahillah kalau ramai yang suka kepadanya.
“H0i,cik
puteri buluh,berangan pulak dia..” Hazwan mematikan lamunan aku. Tersengih aku
melihatnya apabila terkantoi yang aku ni tengah mengelamun.
“Hehehe..
Alamak! Terkantoi sudah.. Cepatlah cakap. Dah pukul berapa nie.” Aku
menggesanya untuk cakap apa yang ingin dia cakapkan.
“Aku..Aku
sebenarnya dah lama suka kau. Sejak kita bertentangan mata dekat library
dulu,aku selalu harap yang aku akan jumpa kau selalu. Bila kita dapat masuk U
yang sama dan ambik course yang sama dan dapat kelas yang sama,perasaan aku
dekat kau makin kuat..” Hazwan meyuarakan rasa hatinya..
Aku
terkedu medengarnya! Tak pernah kusangka-sangka yang dia akan terpikat dengan
aku. Aku terus bangun dan meninggalkan dia keseorangan.
“Nurul..!
Aku mintak maaf. Jom aku temankan kau balik.” Hazwan tahu aku mungkin terkejut
dengan luahan perasaan dia tadi.
Aku
nak menolak tapi Hazwan cepat-cepat memintas kerana Ain dah suruh dia hantar
aku balik. Aku hanya mampu melihat dia.. Hazwan,maafkan aku.. Aku tak mampu.
‘Nurul..kenapa
kau tak jawab soalan aku? Aku tak cukup hensem lagi ke? Atau aku ni tak cukup
baik untuk kau? Aku betul-betul menyukai kau..Sejak kita di matriks lagi aku
sentiasa mendoakan agar kaulah yang akan menjadi pendampingku..’ Hazwan
mengeluh..
“Okey
semua. Kita dah sampai ke Gunung Tahan. Nurul,jom turun. Apa yang kau tengok?
Kat muka aku ada apa-apa ke?” Hazwan bertanya kepadaku sambil meraba-raba
mukanya.
Aku
hanya meggeleng-geleng kepala sambil tersenyum melihat dirinya. Hazwan, kenapa
kau baik sangat dengan aku?
Kemudian,
kami semua diminta berkumpul di kawasan lapang mengikut universiti
masing-masing. Kalau tak silap aku sebanyak 10 universiti yang menyertai
ekspedisi kali ini.
Tiba-tiba
aku ternampak kelibat seseorang yang amat aku rindui selama ini.. budak itu!
Tapi siapa yang disebelahnya itu? Mereka berpegangan tangan? Aku silap tengok
barangkali.. Tapi aku rasa aku macam kenal perempuan disebelahnya itu.. Hayati!
Ya..aku tak silap lagi.. apa hubungan mereka?
Kemudian
kami dibenarkan untuk berehat sebentar sambil mendirikan khemah. Selepas aku
siap mendirikan khemah,aku cuba mencari Hayati. Dan aku nampak dia sedang duduk
bersama lelaki yang amat kukenali,yang amat aku rindui.. Aku melangkah pada
mereka..
“Assalamualaikum..
ni Yati kan?” Aku memulakan pertanyaaan.
“Aah..Jap,jap..ni
Nurul kan?” Yati cuba untuk mengingati aku.
“Yela!
Waaaa…Tak sangka jumpa kau kat sini. Rindu sangat dekat kau!” Aku begitu teruja
berjumpa dengannya.
“Nurul!
Aku pun rindu kat kau jugak. Dah lama kan kita tak jumpa.” Yati pun nampak
teruja berjumpa aku.
“Ehem…ehem..” Tiba-tiba lelaki yang aku amat rindui itu
bersuara.
“Ehh,sori
abang. Terlupa plak nak introduce kat bang. Ni kawan Yat time sekolah dulu. Tak
sangka pulak jumpa kat sini. Nurul,ni suami aku,Afiq.” Yati memperkenalkan dia
kepadaku.
“Suami??
Kau kawin tak ajak aku pun ea?” Aku masih lagi berlagak ceria walaupun dalam
hati aku semuanya sudah berkecai.. Dia sudah berkahwin rupanya..
“Sorry..Aku
tak tau nak contact kau macam mana. Tiba-tiba je kau M.I.A..Puas aku tanya
kawan kita yang lain,diaorang pun tak tau kau kat mana.” Yati menerangkan agar
tidak terasa.
“Hehehe..
Sorry,memang salah aku pun. By the way, selamat pengantin baru. Afiq,take care
my friend elok-elok tau?” Aku mengakhiri perbualan apabila terdengar Hazwan
memanggil namaku.
“Kau
gi mana tadi? Puas aku cari rupa-rupanya kau dekat sini. Risau aku tau tak.”
Hazwan terus-terusan bercakap sehiggalah dia termalu sendiri apabila mendengar
Yati berdeham.
“Ni
siapa? Tak nak kenalkan dekat kami ke?” Yati melihat aku sambil tersenyum-senyum..
“Ni
my future husband..Kenalkan,Hazwan ni Yati kawan sekolah I dan yang tu her
hubby,Afiq.” Aku menuturkan satu persatu. Hazwan hairan melihat aku yang
tiba-tiba memperkenalkan dia sebagai ‘my future husband’. Hazwan yang memahami maksud
aku terus memainkan wataknya.
“Ohh,kau
nak kawin tak ajak aku pun kan. Meh bagi aku contact number kau. Nanti senang
nak contact.” Yati cepat-cepat meminta phone number aku supaya kami tak lost
contact dah lepas ni..
Aku
rasa bahagia bila memperkenalkan Hazwan sebagai ‘my future husband’. Kenapa
erk? Aku perasan akan mata Afiq yang mengandungi pelbagai persoalan tapi aku
hanya biarkan sahaja. Dia sudah jadi suami orang. Ingat tu Nurul! Aku
mengingatkan status Afiq pada diriku agar tidak menaruh harapan lagi.
“Kenapa
kau cakap camtu?” Hazwan terus bertanyakan soalan sebaik sahaja kami mengorak
langkah ke kawasan khemah yang menempatkan kami.
“Kenapa?
Tak boleh ke?” Aku cuba berteka-teki dengannya.
“Boleh
aje. Lagilah aku suka. Lepas habis ekspedisi ni aku bawak kau jumpa parents aku
okey? Lepas tu kau pulak bawak aku jumpa parents kau.” Hazwan terus menyuarakan
pendapatnya.
“Hah??”
Aku terkedu mendengar apa yang dia cakapkan. Biar betul!
Selepas
taklimat sebentar tadi,aku terus menarik Ain lepak di tepi sungai yang
berdekatan. Ain hanya menurut langkahku.
“Ain,tadi
aku jumpa dia.. Tapi dia dah kawin..Berkecai hati aku bila aku dapat tahu dia
kawin dengan kawan aku sendiri..Bertahun-tahun aku simpan perasaan kepadanya
tapi dia buat aku macam ni..Sampainya hati dia..” Tanpa menunggu Ain bercakap
aku terus bercakap. Air mataku merembes keluar.
“Siapa
yang kau maksudkan ni?” Ain bertanya kepadaku selepas aku reda sedikit daripada
menangis..
“Suami
kepada yati,kawan aku yang aku jumpa petang tadi..Aku dah lama kenal dengan
suami dia tu. Since daripada matrik lagi. Aku kenal dia pun secara kebetulan
je. Tapi aku tak tau macam mana aku boleh terlalu berharap padanya. Aku fikir
dialah yang akan jadi suami aku tapi tak sangkaan aku meleset..” Aku menerangkan
perkara yang sebenarnya.
Tiba-tiba
Hazwan muncul..
“Nurul,janganlah
sedih macam ni..Aku kan ada? Kan kau dah kenalkan aku ‘as your future husband’
dekat diaorang tadi? Aku akan jaga
kau,aku akan buat kau bahagia.. percayalah cakap aku,Nurul..” Hazwan memujukku.
Tanpa aku sedari aku terus pergi kepadanya dan memeluk dirinya. Aku rasa
dilindungi bila berada dalam dakapannya.
“Ehem,ehem..Nurul.janganlah
nak over sangat. Kau orang tiada ikatan yang sah lagi tu.” Tiba-tiba Ain
menegur sikapku. Aku hanya tersengih menyedari keterlanjuran yang aku lakukan.
Aku malu untuk memandang Hazwan. Terima kasih Hazwan.. Aku akan cuba.. Tolong
beri aku masa ye. Aku terus berlari ke khemahku tanpa memandang ke belakang.
‘Terima
kasih,Ya ALLAH..Doa aku dimakbulkan..’ Hazwan mengucap syukur ke hadrat Ilahi
kerana doanya dimakbulkan oleh Allah..
“Okey
semua saya harap kalian dapat menjaga diri sendiri sepanjang ekspedisi kita
kali ini.” Terang ketua yang mengetuai ekspedisi ini.
“Tak
sabarnya! Ain,mana Hazwan? Tak Nampak pun dia..” aku bertanya kepada Ain kerana
tidak nampak kelibat dia daripada pagi tadi.
“Ai,
dah rindu ke? Dia ada.. kat depan sana tu. Nanti dia datang lah dekat sini.
Jangan risau prince charming kau tu takkan tinggalkan kau. Hah, tengok baru je
cakap dah datang sini..” Ain menyindirku. Alamak! Malulah.. Macam mana ni?
Ahh,redah je lah..
“Hai,sayang..Semalam
tidur lena?” Aku terkedu mendengar Hazwan memanggil aku sebegitu..
“Lah,kenapa
tengok I macam tu?Ohh,pelik ea kenapa I panggil U cam tu?Kan I dah cakap habis
ekspedisi ni kita nak jumpa parents I dan parents U..” Hazwan menerangkan
sebaik melihat aku membuat muka pelik.Ain hanya tergelak-gelak melihat aku.
Ohh,kenakan aku ea. Takpe,takpe.
Ya
ALLAH, terima kasih kerana memberi peluang untuk aku menyintai lelaki ini..
Panjangkanlah jodoh kami sehingga ke syurga-Mu.. amin yarabbal alamin.
“Dah,dah
jom” Hazwan menyedarkan aku daripada lamunan ku.
“”SubhanaALLAH..
cantiknya.. Ain,terpegun aku lihat semua ni..” kataku kepada Ain. Ain hanya
melihat aku sambil tersenyum mengiakan apa yang aku katakan.
“Aah,lawa
kan? Ciptaan ALLAH.. subhanaALLAH..”
Tiba-tiba aku mendengar Hazwan memanggil
namaku. Lalu aku berpaling ke belakang dan terkejut melihat dia yang berada
dalam kondisi melutut kepadaku.
“Syuuhh..jangan
cakap apa-apa. Bagi Wan cakap dulu k?” Hazwan menyuruh aku mendengar apa yang
ingin dia cakapkan.
“Nurul
Airysh,bersaksikan teman-teman kita sudi tak sekiranya awak menjadi suri di
hati saya dan ibu kepada anak-anak saya?” Hazwan melamarku di hadapan
rakan-rakan kami yang lain. Aku terkedu. Aku tak tahu apa yang harus aku
lakukan.
“Wan..bangunlah.
Nurul malulah.. semua orang tengok kita.” Aku menyuruh Hazwan bangun disamping
mencari idea apa yang aku nak jawab kepada soalan dia tadi.
“No..
You must answer my question first..If not,Wan akan berlutut macam ni sampailah
Nurul bagi jawapan.” Hazwan menggertak aku. Aduhh! Apa yang aku nak jawab ni?
“Wan…”
aku gugup untuk menyatakan jawapan aku. Mata aku melilau mencari kelibat Afiq.
Apa yang harus aku lakukan? Mampu ke aku menyayangi lelaki dihadapan aku ni
seperti mana aku menyayangi Afiq?
“Wan..
Nurul nak… nakk…..nak jadi suri di hati Wan dan juga ibu kepada anak-anak
Wan..” jawabku malu-malu. Ya, aku harus lupakan dia. Afiq kini suami kepada
kawan aku sendiri. Tidak tergamak aku untuk menghancurkan hati Yati. Maafkan
Nurul,Afiq. Mungkin kita hanya ditakdirkan untuk mengenali sahaja bukan untuk
bersama. Nurul yakin Wan boleh bahagiakan Nurul.. InsyaALLAH. Teman-teman yang
berada disekeliling kami bersorak gembira dengan jawapan yang aku berikan. Aku
hanya tersipu malu sambil memandang Ain dan Hazwan bersilih ganti.
“Balik
nanti kita siapkan semua urusan perkahwinan kita ye?” Hazwan menyuarakan
pendapatnya.
“Wan,cepatnya.
Kita bertunang dulu ea? Bagi Nurul kenal Wan dengan lebih dalam lagi.. Boleh
kan?”Aku terkejut apabila dia menyuarakan pendapatnya itu.
“Alaaa,tapi
Wan dah tak sabar nak hidup dengan Nurul..” Wan merengek bagai budak kecil.
“Wan,boleh
la ye? Nurul nak kena bagitahu family Nurul jugak.. Nanti Wan kenalah datang
ikut adat bawa mama dan abah Wan datang merisik Nurul.. Nanti kita bincang ye?”
Aku cuba untuk berlembut dengan dia.
“Okey..”
jawab Wan lemah.
“Wan
ni.. kalau sebelum ni boleh sabar takkan sekarang ni tak boleh sabar kot? Nurul
tak larilah. Kalau Nurul lari,Wan ikat tangan dan kaki Nurul ni supaya Nurul
tak lari.” Aku memandang Hazwan yang menunjukkan muka protesnya itu sambil
tersenyum. Comel sungguh! Hazwan yang mendengar kata-kata daripada aku hanya
tersenyum dan melihat aku.
“Wan
sayang sangat pada Nurul..kerana ALLAH S.W.T… moga kita akan mengecapi
kebahagiaan itu..” bisik Hazwan padaku.. Aku hanya memandang padanya dengan
mata berkaca-kaca sebelum meninggalkannya untuk bersama-sama dengan Ain dan
teman-teman kami yang lain.
Di satu sudut yang lain,ada yang tidak puas
hati dengan drama yang dia lihat sebentar tadi. Hatinya mendengus geram.
‘apalah yang ada pada budak Nurul tu?Kalau nak
kata dia cantik,aku lagi cantik.Budak tu kulitnya sawo matang tapi aku putih
melepak.Kalau ikutkan body,sama je. Tinggi pun lebih kurang sama saja. Aku lagi
up-to-date daripada budak Nurul yang gemar memakai baju besar dan menutup
aurat.’
Arghh!
sebal sungguh hati ini bila mengenangkan semua itu. Tapi jangan harap aku akan
lepaskan kau macam tu saja Hazwan! Kalau aku tak boleh dapat kau maknanya Nurul
pun tak boleh!Rungut Atira dalam hati.
‘Nurul..
aku terlambat ke nak ucapkan yang aku sayang kau sejak kita bertemu di matriks
dulu?Silap aku jugak bila kau sent friend request aku tak approve. Aku tahu kau
selalu stalk facebook aku.. arghh! Menyesal nya aku!’ Afiq mengeluh.
Dia
berkahwin dengan yati pun kerana amanat oleh ibunya yang ingin melihat dia
berkahwin dengan anak kepada kawannya bagi mengeratkan lagi hubungan mereka.
Mungkin aku dan dia tiada jodoh. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
hamba-Nya. Aku redha,Nurul..
Setahun
sudah berlalu dan kini aku sudah selamat menjadi tunangan kepada Hazwan. Bila
diingatkan kembali pertama kali Hazwan datang ke rumahku,dia begitu teruja
sehingga nak bercakap sampai tergagap-gagap. Aku hanya ketawa melihat dirinya
ketika itu. Itu baru datang nak berkenal-kenal belum lagi masuk part dia
menyuarakan hajatnya datang ke rumahku. Akak dan abangku hanya tersenyum
melihat dirinya yang nampak gemuruh apabila diajukan banyak soalan oleh adik
beradik aku yang lain. Adikku yang bongsu turut bertanyakan soalan kepadanya.
Aku hanya tersenyum melihat dirinya. Lama kelamaan dia nampak selesa dengan
keluargaku mungkin kerana sikapnya friendly itu.
Alhamdulillah,masa
aku pergi ke rumah mama dan abahnya,kedatangan aku disambut baik oleh mereka.
Aku takut yang aku bukan menantu pilihan. Aku takut jika mereka tidak berkenan
dengan aku. Hazwan menyuruh aku bertenang kerana mama dan abahnya macam orang lain
juga. Terkejut aku melihat rumah keluarga Hazwan kerana tidak menyangka rupanya
dia anak orang berada. Mewah sungguh rumahnya tapi keluarganya sentiasa
merendah diri termasuk Hazwan. Aku tidak menyangka yang Hazwan merupakan anak
kepada ahli business yang terkenal. Alhamdulillah,mereka dapat menerima aku
seadanya walaupun aku tidak setaraf dengan mereka.
Kini,
aku dan Hazwan hanya menunggu masa untuk diijab kabulkan. Sekarang ni kami
masing-maing sibuk untuk menguruskan persiapan perkahwinan kami. Tinggal
sebulan sahaja lagi untuk kami bersama. Sepanjang menjadi tunangan
dia,sifat-sifat yang ada dalam dirinya yang sebelum ini tidak ku ketahui,ku
ketahui jugak akhirnya. Dia seorang yang penyayang,suka ambil berat dan yang
paling penting,dia sentiasa mengajak aku sentiasa dekat dengan ALLAH..
Alhamdulillah,dan aku harap sikap itu akan berterusan sehingga ke akhir hayat
kami..insyaALLAH..
“Mungkin
aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu..” lagu Najwa Latif yang
bertajuk I Love You, ringtone yang aku setkan untuk Hazwan tiba-tiba berbunyi.
Aku menjawab panggilannya dengan teruja kerana kami sudah lama tidak berhubung
kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Assalamualaikum..”
lembut aku menuturkan.
“Kau
tak payah nak berlagak alim dengan akulah perempuan kampung!” tiba-tiba suara
perempuan yang mengherdik aku.
“Ermm,awak
ni siapa? Ni nombor tunAng saya.” Aku masih lagi bersopan dengannya.
“Kau
tak payah tahu siapa aku. Yang pasti kau dengan Hazwan takkan boleh kawin!
Hahaha..” suara ketawa perempuan itu betul-betul menakutkan aku.
“Apa
maksud awak? Kenapa awak buat macam tu? Apa salah kami dekat awak? Lepaskanlah
Wan.. saya merayu pada awak. Jangan mengapa-apakan dia. Kalau awak tak puas
hati,awak ambillah saya sebagai ganti. Tapi jangan apa-apakan Hazwan.. Saya
merayu kepada awak. Tolonglah..” Aku merayu kepada perempuan itu agar
melepaskan Hazwan.
“tuuutttt…tuutttt…tuuttttt…”
panggilan itu dimatikan. Hazwan.. Awak kena kuat. Saya janji saya akan
selamatkan awak.
“
Mama! Wan..Wan,ma.. ” aku terus menelefon mama Wan untuk mengkhabarkan berita
tentang Hazwan sambil menangis.
“Nurul,
tunggu situ. Kejap lagi mama dan abah sampai. Duduk situ jangan pergi
mana-mana.” Mama menyuruhku agar aku bersabar.
15minit
kemudian aku dikunjungi oleh mama dan abah Hazwan dan juga ahli keluargaku yang
lain.. Aku hanya mampu menangis kerana tidak sanggup memikirkan sebarang
kemungkinan yang mungkin terjadi kepadanya. Aku tak sanggup kehilangannya.
‘Wan,jangan tinggalkan Nurul..Nurul sayang sangat Wan’ aku hanya mampu
berkata-kata dalam hati..
Pada
malam itu,aku dikejutkan dengan panggilan daripada perempuan itu lagi.
“Kau
betul-betul nak ganti Hazwan?” tanya perempuan itu lagi.
“Ya,saya
sanggup. Asalkan awak tak apa-apakan Wan.” Aku menjawab soalannya.
“Kalau
macam tu aku dengar apa yang aku nak cakapkan ini. Tapi kau tak boleh bagitahu
sesiapa pun pasal hal ini. Kalau orang lain tahu,mati Hazwan aku kerjakan. Kau
jangan nak cuba main-main dengan aku. Setuju?” perempuan itu mengugutku.
“Okey,okey.
Saya setuju.” Balasku dengan cepat. Nyawa Hazwan dalam tanganku. Aku tak nak
mempertaruhkan nyawa dia. Aku harus berbuat sesuatu.
“Tapi
sebelum tu,bagi aku peluang untuk melihat dia buat kali terakhir..
tolonglah…Okey,okey. Terima kasih!” aku bergegas membuat apa yang disuruhnya
dan pergi menemuinya buat kali terakhir. ‘Ya ALLAH,andai diri ini disakiti khabarkanlah kepada Wan
yang ana amat menyayanginya. Kuatkanlah jodoh antara kami Ya ALLAH..
lindungilah dia dimana sahaja dia berada’ aku berdoa sepanjang perjalanan ke
tempat yang dijanjikan.’Sebelum aku keluar aku sempat menulis surat kepada
keluargaku..’Maafkan Nurul.Nurul terpaksa pergi menyelamatkan
Wan.InsyaALLAH,kalau umur Nurul panjang kita akan berjumpa lagi.Halalkan apa
yang pernah Nurul ambil..Maafkan segala kesilapan yang Nurul lakukan.Katakan
pada Wan,yang Nurul sayang sangat-sangat padanya. Assalamualaikum.’
Aku
terus meluru dekat dengan Hazwan apabila sampai di tempat yang dijanjikan.
‘Wan..maafkan
Nurul..mungkin ini kali terakhir kita berjumpa.’ Bisikku di telinga Hazwan
sambil tanganku mengusap pipinya buat kali terakhir.
“Dah,dah
perempuan.Ni tiket untuk kau. Pastikan kau buat apa yang kau setujui dulu kalau
tak nahas kau! Dan jangan cuba-cuba untuk larikan diri ke bandar kerana
orang-orang aku sentiasa mengawasi kau!” Perempuan itu mengugutku buat kali
terakhir.
**************
“Kenapa
menangis ni,nak?” tanya mak Misa kepadaku..
“Teringat
kisah silam mak..Airysh rindu dengan family Airysh dan Wan..kenapa Airysh kena
hadapi semua ni,mak? Airysh tak layak untuk rasakan kebahagiaan ke?Kami dah
dekat dengan hari kebahagiaan kami tapi lain pulak yang jadinya..Airysh sedih
sangat bila kenangkannya..”
“Airysh,setiap
yang berlaku ada hikmahnya sayang..Sabarlah dan berdoa banyak-banyak k.” mak
Misa cuba untuk menenangkan aku.
“insyaALLAH,doakan
Airysh ye mak..” kataku kepada mak Misa.
Aku
mengenali mak Misa semasa ditinggalkan sendirian oleh konco-konco perempuan
yang menculik Wan di sebuah perkampungan nelayan. Dalam keadaan yang lemah,aku
dibawa ke rumahnya untuk dijaga. Alhamdulillah,aku masih lagi hidup untuk
menjalani kehidupan.
“Mak
dengar minggu depan ada orang besar nak datang sini ea?” tanya mak kepadaku.
“Aah,mak.
Kalau tak silap Airysh orang daripada KL..Nak tengok-tengok kawasan disini apa
yang boleh dimajukan.” Ujarku kepada mak.
Hazwan
termenung apabila mengenangkan Nurul..
‘Nurul..kemana
awak menghilang? Bertahun-tahun saya mencari awak.. saya rindukan awak..
baliklah sayang.. saya ingin menunaikan janji saya kepada awak.’ Hazwan
mengeluh. Kenapa berat sekali dugaan yang dia kena hadapi.
“Hai,baby.watpe
tu?” tiba-tiba seorang perempuan menerjah masuk biliknya tanpa mengetuk pintu
biliknya dan pergi bergesel-gesel kepadanya. Secretarynya tidak mampu untuk
berbuat apa-apa kerana perempuan itu memang tak makan saman.
“Hei,you
ni kenapa hah? Tak malu ke bergesel-gesel dengan lelaki bukan muhrim?” pantas
Hazwan menolak perempuan itu ataupun dikenali sebagai Atira,classmate dia
sewaktu di universiti dahulu.
Atira
hanya mencebik melihat pelakuan lelaki itu. Hazwan hanya buat tidak tahu sahaja
dengan kedatangan Atira. Dia jelak dengan perangai Atira yang suka berkepit
dengannya. Kemudian dia memanggil Aina,secretarynay untuk masuk ke dalam bilik.
“Ada
apa-apa yang perlu saya tahu?” tanya Hazwan tanpa memandang secretarynya
langsung.
“Ada
En.Wan.Jumaat ni Encik kena pergi ke Pulau Tioman untuk memantau keadaan di
sana.” Terang Aina kepadanya.
“Okey.
Ada apa-apa lagi?” tanya Hazwan.
“Tiada.
Itu saja. Kalau tiada apa-apa lagi izinkan saya keluar dulu. Encik nak saya
buatkan air untuk cik Atira ke?” tanya Aina lagi.
“Tak
payah. Kalau dia haus pandai-pandailah dia cari sendiri. Okey,awak boleh keluar
sekarang.” Ujar Hazwan tanpa pedulikan perasaan Atira. Atira yang mendengar
mendengkul geram dengan layanan yang diberikan oleh Hazwan. Lalu dia keluar
daripada pejabatnya.
‘Wahh..lawanya tempat ini. Nurul,nanti kita
honeymoon disini ye sayang.. ‘ omel Hazwan sendirian. Tiba-tiba dia seperti
ternampak kelibat Nurul di celah-celah pegawainya. Bergegas dia ke sana sambil
memanggil nama Nurul.
‘Siapa
yang panggil nama aku? Kat sini mana ada orang pernah panggil aku sebegitu.’
Omel Nurul dalam hati. Aku berpusing ke belakang untuk melihat siapa gerangan
yang memanggil dirinya.Dia terpaku melihat insan yang selama ini dirindui
berada di hadapannya. Mulutnya bergerak memanggil nama ‘Wan’ tapi kakinya
melangkah pergi. Maafkan Nurul,Wan..
“Nurul,Nurul!
Jangan pergi! Jangan tinggalkan Wan lagi! Nurul….!” Wan mengejar aku dengan
cepat. Tanpa aku sempat berlari tanganku ditarik oleh seseorang daripada
belakang.
“Nurul
sayang.. Wan rindu sangat dengan Nurul..” Wan menarik aku kedalam pelukannya.
Aku hanya menangis kerana terlalu merindui dirinya. Aku menggeleng tanda tidak
percaya dan menjarakkan diri aku dan dia tapi dia pantas menarik diriku kedalam
pelukannya lagi.
“Kita
balik ye? Kita kahwin cepat-cepat. Wan tak sanggup nak berpisah dengan Nurul
lagi.” Tanpa menunggu jawapan aku Wan terus menarik aku masuk ke dalam kereta.
Pekahwinan
kami berjalan dengan lancar. Tidak lama selepas kami pulang,aku terus
mengkhabarkan berita tersebut kepada mak Misa supaya tidak risau akan diriku.
Keluargaku bersyukur kerana aku pulang dalam keadaan sihat. Keluarga Wan juga
gembira dengan kepulangan diriku. Alhamdulillah, aku bahagia sekarang. Terima
kasih, Ya ALLAH..
“Alhamdulillah,impian
abang nak memperisterikan Nurul berjaya juga..Abang sayang Nurul sangat-sangat.
Jangan tinggalkan abang lagi ea?” Wan mencium ubun-ubunku sambil menarik aku ke
dalam pelukannya.
“Nurul
pun bersyukur sangat,bang..Nurul rindu sangat pada abang.” Aku mengeratkan lagi
pelukan.
Aku
sendiri rasa seperti bermimpi. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan. Aku
menceritakn semua yang berlaku. Rupa-rupanya Atira dalang dalam penculikan Wan
dulu. Patutlah aku seperti mengenali wanita itu,rupa-rupanya dia classmate aku
dan Wan dulu cuma kami tidak rapat. Kami menjadikan apa yang berlaku sebagai
pengajaran dan Atira kini sudah menerima balasan yang setimpal.